Saturday 11 February 2017

Konsep Keluarga Bahagia

Selamat sejahtera pembaca-pembaca sekalian, ini merupakan artikel pertama saya dalam blog ini. Artikel ini bertajuk 'Keluarga Bahagia' dan ini merupakan tugasan kumpulan kami di mana kami harus menerangkan tentang ciri-ciri keluarga bahagia. Kami berharap pembaca-pembaca memperoleh manfaat dalam meluangkan masa membaca artikel ini. Terima kasih.
 

KELUARGA BAHAGIA


          Keluarga merupakan institusi terawal untuk setiap cahaya mata yang lahir ke dunia ini. Ibu bapa bagaikan malaikat yang harus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang penjaga kepada kurniaan tuhan yang amat istimewa ini, bak kata pepatah 'anak-anak bagaikan kain rentag putih, ibu bapa yang harus mencorakkannnya'. Oleh itu, tanggungjawab ibu bapa amatlah penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia.


 Merujuk kepada kamus Dewan iaitu KELUARGA memberi maksud seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri serta anak - anak.Manakala BAHAGIA pula bermaksud suasana tentang dan aman serta gembira.Sebut saja keluarga bahagia , sudah jelas terbayang dalam kotak pemikiran kita bahawa kehidupan satu keluarga yang bebas darupada gejala sosial , mengamalkan corak hidup yang berlandaskan disiplin tetapi wujud di dalamnya sifat kasih sayang yang amat tinggi dan saling menghormati.Keluarga bahagia bermula daripada tingkah laku positif dan  minda yang bersih.Apabila kita hidup dalam syurga kehidupan berumahtangga , maka akan lahirlah generasi - generasi yang mempunyai modal insan yang berkualiti.Keluaga ini juga berasal dari Bahasa Sanskerta kula dan warga "kulawarga" yang berarti "anggota" kelompok kerabat".keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu.
          Faktor yang mendorong kami untuk memilih topik ini adalah, keluarga merupakan tunjang utama untuk pembentukan seseorang individu yang bakal menjadi seorang penyumbang kepada bangsa dan Negara, untuk memastikan individu itu merupakan seorang yang berguna dan berkualiti maka beberapa ciri-ciri yang harus ada pada setiap keluarga ingin kami kongsikan pada anda semua.



           Selain itu, di Negara kita, sering kali terpapar di dada akhbar mengenai isu seperti 'kanak-kanak dikurung dalam bilik' dan pelbagai lagi isu yang membimbangkan. Punca kepada semua permasalahan seperti ini adalah kekurangan kasih sayang di antara ahli keluarga. Selain itu,ramai remaja pada zaman ini acap kali tenggelam dengan hiburan dan teknologi dunia yang juga membawa kemudaratan kepada diri, bangsa dan Negara. Oleh itu, kami berkongsi cara-cara untuk membaiki perkara-perkara seperti ini daripada terus membelenggu. Hal ini kerana, remaja pada masa kini adalah pemimpin Negara suatu hari nanti, untuk memastikan pemimpin kita seorang yang berketerampilan tinggi maka individu tersebut mestilah berasal daripada sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini demikian, individu yang dating daripada keluarga yang sering dilanda masalah, individu tersebut dikatakan akan mempunyai sifat agresif dan sikap negatif dalam dirinya. Oleh itu marilah kita saksikan dahulu video mengenai keluarga bahagia sebelum kita mengetahui lebih lanjut lagi. 



 Selain itu, didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia.Hal ini disebabkan , pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda.Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangukan rumah tangga denga efektif.Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri.Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah.Sebagai ibu bapa , kita harus memberik didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak - anak.Anak - anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta salaing menghormati orang - orang tua serta mereka akan saling bekerjasama.Kalau, semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa , sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.

                  Dalam pada itu,peranan ibu bapa dalam usaha mmbentuk keluarga bahagia adalah amatlah penting.Ibu bapa perlu menjadi "role model" kepada anak-anak.Mereka harus sentiasa memnunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.Ibu bapa perlu bertanggungjawab sepenuhnya bagi mempastikan seluruh anggota keluarga menerima ilmu kedunian dan kehakhiratan yang cukup.Contonya seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopn dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya.Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain.Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka , meraka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek , anak rintik. 

              Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini , masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing - masing.Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat Pada masakini kerajaan , kerajaan telah mengumumkan hari sabtu sebagai cuti umum.Manakala pihak swasta pula,turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada sabtu pertama setiap bulan.Seharusnya,ibu bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja.Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau bereakreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka.Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama - sama dengan anak-anak , 
sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.

                Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung,darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif.Anak - anak yang sedang membesar memastinya banyak terpengaruh dengan rakan sebaya kerana darah muda membuatkan mereka memberontak untuk melakukan perkara yang baru.ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak .Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli kelurganya . Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaqn jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntukkan kebahagian yang dikecapi.

               Sebagai konklusinya,Setiap ahli dalam keluarga perlulah memainkan peranan untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia.Sikap tolak ansur,hormat-menghormati, dan saling memahami perlu dipupuk kerana keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan maju.Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan dalam membentuk keluarga bahagia dengan mengadakan kempen keluarga bahagia melalui media massa seperti stesen televisyen dan radio. 


3 comments:

  1. terimakasih infonya sangat bermanfaat, kunjungi http://bit.ly/2wDDymQ

    ReplyDelete
  2. Lucky Club Casino site, promo code, bonus codes 2021 - Lucky Club
    Lucky Club Casino website offers the best casino games, welcome bonuses and welcome offers! luckyclub.live We have over 30 years experience in the casino, and our

    ReplyDelete
  3. Borgata Hotel Casino & Spa - Mapyro
    Address: 1 Borgata Way, Atlantic City, NJ 08401. Phone: 영천 출장안마 (609) 317-7117. Website: http://www.borgata.com/hotel/encore. Rating: 삼척 출장안마 6.5/10 · ‎1,609 태백 출장마사지 reviews · ‎Price range: $ (Based on Average Nightly Rates for a Standard Room from our Partners)Which popular attractions are 정읍 출장샵 close to Borgata Hotel Casino & 문경 출장샵 Spa?What are some of the property amenities at Borgata Hotel Casino & Spa?

    ReplyDelete